Biskut Ulat Bulu
BAHAN-BAHAN :
500gm tepung gandum
150gm tepung jagung
50gm susu tepung
180gm minyak sapi
100gm mentega
100gm gula aising
1 sudu perisa pandan hijau
buah kurma yang di potong memanjang
gula kastor (untuk hiasan )
CARA-CARANYA :
Pukul gula aising & mentega hingga sebati . Kemudian masukkan minyak sapi , perisa pandan hijau dan susu tepung . Pukul sehingga sebati ...Masukkan tepung jagung dan tepung gandum , uli dengan tangan sehingga sebati . Selalunya tepung gandum di letak kemudian bergantung pada adunan . Kalau sudah dapat di bentuk tidak perlu habiskan semuanya . Selepas itu , bentukkan sekecil ibu jari dan letakkan sehiris buah kurma kemudian bentukkan memanjang serta tekan diatasnya dengan garfu untuk membentuk ulat bulu atau boleh gunakan pengelek yang di gunakan untuk tart nenas gulung . Bakar pada suhu 155-160c ..Biskut telah masak jika dibawahnya berwarna kekuningan . Taburkan gula kastor di atasnya ..
writed by Mama
Mama Blog ... by Izeyla Ismail
diaryofmama.blogspot.com Diari seorang remaja yang bergelar isteri ...
Wednesday, 1 August 2012
Monday, 30 July 2012
Kuih Raya 2012 - by mama
Kuih Sweet Floral
BAHAN-BAHAN :
350 gm tepung gandum
100 gm gula halus
125 gm minyak sapi
perwarna hijau &
floral flakes (untuk hiasan)
CARA-CARANYA :
Gaulkan semua bahan2 diatas sehingga sebati , masukkan sekali perwarna secukupnya kecuali floral flakes .
bentukkan mengunakan cetak bunga...hiaskan dengan floral flakes mengikut citarasa sendiri... panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 150 c selama 20-25 minit ...
Monday, 23 July 2012
Welcome to mama blog !
Salam,
di bulan Ramadhan nie mama nak try banyak resipi nak buat kuih raya ... tak sabar nak menanti Syawal yang bakal tiba bersama dengan suami serta keluarga tercinta ...
nanti nak kongsikan beberapa resipi kuih raya yang mama belajar .. post akan datang ...
-mama blog-
Subscribe to:
Posts (Atom)