Biskut Ulat Bulu
BAHAN-BAHAN :
500gm tepung gandum
150gm tepung jagung
50gm susu tepung
180gm minyak sapi
100gm mentega
100gm gula aising
1 sudu perisa pandan hijau
buah kurma yang di potong memanjang
gula kastor (untuk hiasan )
CARA-CARANYA :
Pukul gula aising & mentega hingga sebati . Kemudian masukkan minyak sapi , perisa pandan hijau dan susu tepung . Pukul sehingga sebati ...Masukkan tepung jagung dan tepung gandum , uli dengan tangan sehingga sebati . Selalunya tepung gandum di letak kemudian bergantung pada adunan . Kalau sudah dapat di bentuk tidak perlu habiskan semuanya . Selepas itu , bentukkan sekecil ibu jari dan letakkan sehiris buah kurma kemudian bentukkan memanjang serta tekan diatasnya dengan garfu untuk membentuk ulat bulu atau boleh gunakan pengelek yang di gunakan untuk tart nenas gulung . Bakar pada suhu 155-160c ..Biskut telah masak jika dibawahnya berwarna kekuningan . Taburkan gula kastor di atasnya ..
writed by Mama